Selamat Datang

Selamat Datang ke SK Paloh Rawa.

Nama Sekolah Kebangsaan Paloh Rawa dipilih sempena nama Kampung Paloh Rawa dimana sekolah ini berada.
Paloh adalah satu kawasan lembah ditebing sungai yang akan dilimpahi oleh air terutamanya pada musim tengkujuh. Rawa ialah sejenis pokok yang boleh dimakan buahnya. Pokok Rawa seakan-akan pokok mangga tetapi buahnya lebih kecil dan berwarna kebiru-biruan apabila masak. Adalah menjadi satu perkara yang agak pelik jika pokok rawa dapat hidup dan berbuah di dalam satu kawasan berair. Atas dasar inilah paloh dan rawa dipilih untuk nama kampung dan seterusnya nama sekolah.  sejarah sekolah