Demonstrasi Basuh Tangan

Ceramah Kesihatan yang bertajuk ‘Demonstrasi Basuh Tangan’ telah disampaikan oleh Encik Wan Mohd Fadli bin Wan Daud, Pembantu Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dari Unit Pendidikan dan Kesihatan. Beliau di bantu oleh Encik Shary bin Mohamed. Murid Tahun 4A, 5A dan 5B berpeluang mengikuti ceramah ini. Ceramah ini bermula pada pukul 11.00 pagi, berakhir pada pukul 1.15 tengah hari.