Majlis Perpisahan dan Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia

Ahad – 18/09/2011, Warga SK Paloh Rawa mengadakan majlis perpisahan Guru Besar, Puan Hajah Rus Hayati bt Mat Zin, yang bertukar ke SK Pangkal Meleret. Majlis ini diadakan secara berkembar dengan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia serta Hari Raya. Majlis perpisahan ini disertai oleh semua murid, guru dan kakitangan sekolah serta Ahli Jawatankuasa PIBG. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Selamat Sultan dan lagu SKPR Berjaya, dikuti dengan ucapan guru besar. Walaupun ringkas, terselit nada sedih beliau semasa mengakhiri ucapan. Beliau berharap SKPR akan terus maju dan berjaya. Selamat bertugas di ditempat baru diucapkan kepada beliau.