Sambutan Guru Besar Baru

Selasa, 20/09/2011 – Hari ini dalam sejarah. Warga SK Paloh Rawa menerima kehadiran Guru Besar baru menggantikan guru besar lama, Puan Hajah Rus Hayati bt Mat Zin yang bertukar ke SK Pangkal Meleret. Jam 9.00 pagi, kehadiran guru besar baru SK Paloh Rawa, Puan Hajah Siti Rahim bt Mat di sambut oleh pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan guru-guru SK Paloh Rawa dengan penuh meriah. Upacara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Deraman bin Ismail diikuti ucapan aluan-aluan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Haji Kamarudin bin Lazid. Seterusnya ialah ucapan guru besar. Dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga SK Paloh Rawa atas sambutan yang diberikan dan berharap agar mendapat kerjasama dari semua pihak. Majlis ini diakhiri dengan sedikit kudapan di bilik jamuan.