Motivasi Ibubapa dan Murid Tahap 2

Dr. Wan Rozeb bin Wan Salleh sedang memberi ceramah.

Program Motivasi Ibubapa Murid Tahun 4, 5 dan 6 diadakan hari ini, 02/02/2012, bermula pukul 2.00 petang.

Antara lain program ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan ibubapa/penjaga dengan pihak sekolah. Selain itu untuk memantapkan peranan ibubapa/penjaga ke arah kecemerlangan anak-anak dari segi akademik dan sahsiah. Program ini juga diharapkan boleh membangun intitusi keluarga ke arah yang lebih cemerlang, duniawi dan ukhrawi.