Cegah denggi

Murid sedang mendengar taklimat

Bagi memberi kesedaran kepada murid-murid tentang cara mencegah demam denggi, dua aktiviti di atur dan dilaksanakan. Pada sebelah pagi program gotong royong di jalankan bagi membersihkan seluruh kawasan sekolah terutamanya longkang. Gotong royong ini melibatkan semua guru, murid-murid, dan pekerja sekolah.

Seterusnya murid-murid mendengar ceramah berkenaan cara-cara mencegah demam denggi. Ceramah ini disampaikan oleh Encik Muhamad Amirrullah bin Mohamad Sani (Pembantu Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah Machang. Ceramah ini berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.