Keputusan UPSR 2013

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan pada hari ini, Khamis, 14 November 2013. Tahniah kepada murid yang berjaya mendapat 5A, Intan Suriani binti Che Badri dan Nur Alia Amrina binti Mohd.

Seramai 66 orang calon yang mengambil ujian tersebut, 37 orang lulus semua mata pelajaran dengan peratus lulus ialah 56.06%, dan gred purata sekolah 2.57. Keputusan bagi mata pelajaran adalah seperti berikut;

  • Bahasa Melayu Pemahaman 95.5%
  • Bahasa Melayu Penulisan 60.6%
  • Bahasa Inggeris 72.7%
  • Matematik 80.3%
  • Sains 87.9%

Analisis Pencapaian UPSR 2013.

Advertisements