Frog VLE: Re-direction to Activation Portal

Bermula 21 Februari 2014, apabila anda log masuk ke dalam VLE sekolah anda akan dialihkan ke dalam laman 1BestariNet Activation Portal, sekiranya ID anda masih lagi belum diaktifkan. Selepas anda melengkapkan proses pengaktifan, anda kemudiannya secara automatik akan terus dibawa masuk ke dalam Frog VLE sekolah. Prosedur ini hanya berlaku sekali sahaja.

Untuk perhatian, ini bukan satu perubahan besar dan ia tidak menjejaskan kegunaan 1BestariNet ID atau Frog VLE anda.
Bagi mereka yang belum tahu, pengaktifan ini memberikan para pengguna faedah-faedah berikut:

  • Akses kepada kandungan pendidikan yang disyorkan di dalam portal Frog Hop In
  • Butang baru Hop In terpapar dalam Quick Launch bagi memudahkan anda mengakses portal tersebut.
  • Akses percuma ke dalam Frog VLE semasa dalam rangkaian Yes 4G.
  • Data percuma 200MB sebulan, dikreditkan secara automatik ke ID anda*

  • Diberikan untuk tempoh 12 bulan bermula dari masa pengaktifan. Data percuma tidak boleh dibawa ke bulan seterusnya.
    Pengguna juga boleh memilih untuk mengaktifkan terus 1BestariNet ID mereka dengan mengklik di sini.
    Untuk maklumat lanjut tentang pengaktifan akaun, klik di sini.