Pendaftaran Tahun Satu Sesi 2015 dan 2016

Sukacita dimaklumkan permohonan pendaftaran kemasukan kanak-kanak (warganegara) ke tahun satu SK PALOH RAWA sesi persekolahan 2105 dan 2016 telah dibuka. Maklumat pendaftaran adalah seperti berikut;

Tarikh Pendaftaran: 01 Mac hingga 31 Mac 2014.
Hari: Ahad hingga Khamis (kecuali cuti am)
Masa: Waktu pejabat sekolah.
Tempat: Pejabat Sekolah
Kohort umur masuk sekolah tahun 2015 – lahir 02/01/2008 hingga 01/01/2009.
Kohort umur masuk sekolah tahun 2016 – lahir 02/01/2009 hingga 01/01/2010.

Dokumen yang diperlukan:
1. Sijil Kelahiran
2. Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/Bil air)
3. Kad Pengenalan Ibubapa dan
4. Sampul surat beralamat sendiri dan setem 60 sen.