Keputusan UPSR 2014

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan pada hari ini, Rabu, 26 November 2014. Tahniah kepada murid yang berjaya mendapat 5A, Shareen Arawi bin Hisham dan Nurul Naimah binti Md Zaki.

Seramai 64 orang calon yang mengambil ujian tersebut, 38 orang lulus semua mata pelajaran dengan peratus lulus ialah 59.38%, dan gred purata sekolah 2.45. Keputusan bagi mata pelajaran adalah seperti berikut;

  • Bahasa Melayu Pemahaman 96.9%
  • Bahasa Melayu Penulisan 85.9%
  • Bahasa Inggeris 76.6%
  • Matematik 81.3%
  • Sains 70.3%

Analisis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2014.

Advertisements