Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun Enam

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun Enam 2017

Tarikh : 09/02/2017 (Khamis)
Masa : 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari
Tempat : Dewan Gemilang
Kehadiran : Semua ibu bapa murid tahun enam, guru-guru tahun enam.

 

Advertisements

UPSR 2015

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan pada hari ini, Selasa, 17 November 2015. Tahniah kepada murid yang berjaya mendapat 5A, Mohamad Zul Hairee bin Che Badri, Nadia Nur Farahin binti Ismail dan Nor Aiman bin Nor Hisan.

Seramai 61 orang calon yang mengambil ujian tersebut, 31 orang lulus semua mata pelajaran dengan peratus lulus ialah 50.82%, dan gred purata sekolah 2.71. Keputusan bagi mata pelajaran adalah seperti berikut;

  • Bahasa Melayu Pemahaman 83.6%
  • Bahasa Melayu Penulisan 67.2%
  • Bahasa Inggeris 60.7%
  • Matematik 75.4%
  • Sains 73.8%

Analisis UPSR 2015

Keputusan UPSR 2014

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan pada hari ini, Rabu, 26 November 2014. Tahniah kepada murid yang berjaya mendapat 5A, Shareen Arawi bin Hisham dan Nurul Naimah binti Md Zaki.

Seramai 64 orang calon yang mengambil ujian tersebut, 38 orang lulus semua mata pelajaran dengan peratus lulus ialah 59.38%, dan gred purata sekolah 2.45. Keputusan bagi mata pelajaran adalah seperti berikut;

  • Bahasa Melayu Pemahaman 96.9%
  • Bahasa Melayu Penulisan 85.9%
  • Bahasa Inggeris 76.6%
  • Matematik 81.3%
  • Sains 70.3%

Analisis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2014.