Maulidur Rasul 2012

Sambutan Maulidur Rasul peringkat SK Paloh Rawa – Rabu,15/02/2012.


“Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” adalah slogan sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Bersempena dengan itu juga SK Paloh Rawa turut sama menyambut Maulidur Rasul, yang turut disertai oleh semua warga SKPR dan penduduk setempat.

Tepat jam 8.00 pagi guru-guru dan murid-murid berkumpul di Dewan Gemilang untuk mendengar taklimat. Pukul 9.00 pagi acara sambutan di mulakan dengan perarakan mengelilingi Kampung Paloh Rawa sambil berselawat. Perarakan ini diketui oleh Ustaz Mat Daud bin Hamat.

Selesai perarakan murid-murid berkumpul di Dewan Gemilang bagi mengikuti acara seterusnya iaitu tilawah Al-Qur’an, Persembahan nasyid dan pertandingan selawat.