Sejarah


Kandungan
Pengenalan
Penubuhan
Tapak Asal
Bangunan Lama
Perasmian
Bangunan Baru
Kelas Integrasi
Kampung Sekitar
Senarai Guru Besar

Pengenalan

Nama Sekolah Kebangsaan Paloh Rawa dipilih sempena nama Kampung Paloh Rawa dimana sekolah ini berada.
Paloh adalah satu kawasan lembah ditebing sungai yang akan dilimpahi oleh air terutamanya pada musim tengkujuh. Rawa ialah sejenis pokok yang boleh dimakan buahnya. Pokok Rawa seakan-akan pokok mangga tetapi buahnya lebih kecil dan berwarna kebiru-biruan apabila masak. Adalah menjadi satu perkara yang agak pelik jika pokok rawa dapat hidup dan berbuah di dalam satu kawasan berair. Atas dasar inilah paloh dan rawa dipilih untuk nama kampung dan seterusnya nama sekolah.

Penubuhan
Sekolah Kebangsaan Paloh Rawa ditubuhkan pada tahun 1946. Terletak di atas Lot PT 3048 dengan keluasan tanah 2.083 ekar dan Lot PT 791 dengan keluasan 5.924 ekar.

Tapak Asal
Tapak bangunan asal disebelah barat jalan kereta api. Tanah dihadiahkan oleh Encik Ahmad bin Abdullah seluas 0.25 ekar. Luas bangunan 60 kaki x 20 kaki dan diperbuat daripada kayu. Dinding diperbuat daripada buluh dan beratap daun sagu. Pembinaan sekolah dibuat secara bergotong-royong. Pembiayaan bergantung kepada derma orang ramai.

Bangunan Lama
Pada tahun 1962 bangunan sekolah dipindahkan ke atas tapak yang ada sekarang. Bangunan itu dibina oleh Kementerian Pelajaran. Bangunan tersebut diperbuat daripada kayu. Luas bangunan ialah 180 kaki x 30 kaki. Tanah tapak bangunan dibeli hasil daripada kutipan derma daripada ibu bapa. Pada tahun 1963 pihak ibubapa berjaya membina sebuah bangunan lagi seluas 80 x 20 kaki.

Perasmian

Sekolah Kebangsaan Paloh Rawa telah dirasmikan pada 19 Oktober 1965, oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir bin Johari, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.


Pada tahun 1979 sebuah bangunan  dua  tingkat  dibina. Kantin  juga  dibina bersama dan mula digunakan pada 1 Januari 1981 dengan mempunyai lapan bilik darjah. Pada tahun 1993 sebuah bangunan baru dua bilik darjah telah didirikan. Bangunan ini digunakan pada pertengahan tahun 1993. Penghujung tahun 1997 satu lagi bangunan baru untuk  tiga bilik darjah didirikan. Bangunan ini  mula digunakan  pada awal 1998.

Bangunan Baru
Mulai 1 Januari 2002 kerja-kerja membina dua blok 4 tingkat dengan 12 bilik darjah dan bilik-bilik khas yang lain serta sebuah kantin yang baru mula dibina. Pembinaan ini telah dijangka siap pada 31 Ogos 2002. Walau bagaimanapun  sehingga 1 Januari 2003 projek ini masih belum dapat digunakan lagi. Pada bulan April 2003 beberapa bilik darjah telah mula digunakan dan mula digunakan sepenuhnya pada bulan Julai 2003.

Kelas Integrasi
SK Paloh Rawa melangkah maju setapak lagi dengan pembukaan kelas Integrasi (Masalah Pembelajaran). Kelas ini mula dibuka pada 4/01/2009 dengan bilangan murid seramai 7 orang, 2 orang guru dan dibantu oleh seorang pembantu pengurusan murid.

Kampung Sekitar
Murid-murid yang belajar di SK Paloh Rawa datang dari kampung-kampung berikut: :

  • Kampung Paloh Rawa
  • Kampung Baru
  • Kampung Awah
  • Kampung Penegoh
  • Kampung Banggol Kemian
  • Kampung Chakah Dua
  • Kampung Bunchit
  • Kampung Belukar Panjang


Senarai Guru Besar

  1. Ibrahim bin Ahmad – 01 Januari 1946 hingga 31 Disember 1959.
  2. Mohamed Taib bin Abu Bakar – 01 Januari 1960 hingga 31 Mei 1966.
  3. Mohamad bin Abu Bakar – 01 Jun 1966 hingga 31 Disember 1968.
  4. Ismail bin Awang – 01 Januari 1969 hingga 31 Disember 1976.
  5. Muhamad bin Abdul Majid – 01 Januari 1977 hingga 05 Januari 1986
  6. Che Mat bin Isa – 06 Januari 1986 hingga 30 Disember 1997.
  7. Mustapha bin Mat – 31 Disember 1997 hingga 30 Disember 1999.
  8. Che Mud bin Haji Che Noh – 31 Disember 1999 hingga 30 Disember 2000
  9. Mohamad Zake bin Md Arshad – 31 Disember 2000 hingga 30 Disember 2004
  10. Abdul Rahman bin Husin – 31 Disember hingga 2004 hingga 01 Februari 2006.
  11. Mohd Noor bin Mat Yunus – 02 Februari 2006 hingga 23 Januari 2010.
  12. Rus Hayati binti Mat Zin – 24 Januari 2010 hingga 16 Ogos 2011.
  13. Siti Rahim binti Mat – 17 Ogos 2011 hingga 01 Julai 2014
  14. Nik Noor Hashim bin Nik Daud – 16 Julai 2014 hingga sekarang

Dikemaskini pada 2 Februari 2016