Selamat Datang

Featured

Selamat Datang ke SK Paloh Rawa.

Nama Sekolah Kebangsaan Paloh Rawa dipilih sempena nama Kampung Paloh Rawa dimana sekolah ini berada.
Paloh adalah satu kawasan lembah ditebing sungai yang akan dilimpahi oleh air terutamanya pada musim tengkujuh. Rawa ialah sejenis pokok yang boleh dimakan buahnya. Pokok Rawa seakan-akan pokok mangga tetapi buahnya lebih kecil dan berwarna kebiru-biruan apabila masak. Adalah menjadi satu perkara yang agak pelik jika pokok rawa dapat hidup dan berbuah di dalam satu kawasan berair. Atas dasar inilah paloh dan rawa dipilih untuk nama kampung dan seterusnya nama sekolah.  sejarah sekolah

Advertisements

Jaringan 2017

Program Jaringan bersama SMK Pangkal Meleret.

Tarikh : 09/09/2017
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Makmal Komputer.

Perkhemahan unit beruniform 2017

Perkhemahan unit beruniform 2017.

Tarikh : 18 Mei 2017 hingga 20 Mei 2017 ( Khamis, Jumaat dan Sabtu)
Tempat ; SK Paloh Rawa
Peserta : Seramai 97 orang murid yang terdiri daripada Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Malaysia, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Silat, dan Puteri Islam.

Hari Guru 2017

Sambutan Hari Guru 2017 peringkat sekolah.

Tarikh : 16/05/2017 (selasa)
Masa : 7.45 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Gemilang dan Dataran Perhimpunan SK Paloh Rawa
Tema : Guru Pembina Negara Bangsa.